Hang
Tuah telah dilahirkan di Kampung Sungai Duyong, Melaka. Ayahnya bernama Hang
Mahmud dan ibunya bernama Dang Wati. Ibubapa beliau mempunyai sebuah gerai
kecil bersebelahan dengan Kampung Bendahara. Semasa Hang Tuah masih kecil,
beliau bekerja sebagai pemotong kayu di gerai keluarganya.
Hang
Tuah mempunyai sahabat karib yang bernama Hang Jebat, Hang Lekir, Hang Lekiu
dan Hang Kasturi dan dikenali sebagai lima perwira. Lima sahabat karib ini
telah berlajar berguru daripada Guru Ali Putera yang tinggal diatas bukit.
Keperwiraan Hang Tuah terserlah apabila beliau dapat mengalahkan orang yang
mengamuk di Kampung Bendahara, dimana Tun Perak yang datang menyiasat berkenaan
perkara tersebut juga telah diserang. Keadaan tersebut dapat diselamatkan oleh
Hang Tuan dan kawan-kawannya.
Hang
Tuah terkenal dengan sifat taat setia yang tinggi kepada raja dan sanggup
berkorban bagi menunaikan tanggungjawab kepada raja dan negerinya. Beliau juga
merupakan seorang yang bijaksana dan pintar, pandai menyesuaikan diri dalam
keadaan tertentu serta dipercayai oleh Sultan. Hang Tuah merupakan wira unggul
pada zaman Kesultanan Melayu Melaka dan dapat mengalahkan pihak musuh yang
ingin menawan Melaka. Kata-kata “Tak Melayu Hilang di dunia” akan sentiasa
hidup dengan bersama-sama dengan wira Hang Tuah
Tidak ada komentar:
Posting Komentar